assalamualaikum:)

friendship

assalamualaikum =)

alhamdulillah , masih lagi diberikan kesempatan untuk aku kongsi cerita kepada kalian semua. hari ni hajat dihati nak menceritakan tentang persahabatan . 

yes, all of us need friend . tak kira lah, sama ada kita susah, atau senang , selain dari bersama keluarga kita juga perlukan sahabat untuk bersama dengan kita . biasenya kita akan jumpa macam macam jenis kawan atau sahabat , ada yang baik, ada yang tikam belakang, ada yang sentiase bersama kita . tak kira lah di peringkat umur mana sekalipon kita ni , kita pasti perlukan mereka . kadang kadang sahabat ni kita abaikan mereka, tapi bagi aku , rugilah mereka yang mengabaikan sahabat sendiri .

for sure i miss all of my friend , my old friend . siapa saja mereka, dimana saja mereka dan apa yang mereka buat sekarang ni . maklum lah, kalau dulu dekat sekolah asyik berkepit je, balik sekolah same same merempit naik moto , petang lepak same same, main same same kan . tak kisah la, kita lagi muda, sebaya atau lebih tua dari dorang , aku tetap panggil mereka sahabat . 

Aby , Paan , Bard , shidi ,Jazlan , Edza, Peah , Eqa , Akma, Nazurah and lain lain lagi (maaf bagi yang tidak ternyata, den lupooo ) for sure i miss all of you, kalau lah kte boleh lepak same same macam dulu lagi, mesti seronok . keluar jenjalan, naik moto ke, kerete ke, bas ke. tangkap gamba same same, main boling same same. kalau nak diingatkan semua yang kita lalui dulu, ada yang pahit sepahit kopi, ada yang manis semanis gula . tapi kita tetap bersama sehingga ke hari ini .

bila dah berjauhan macam ni, mesti lah masing masing ade jumpa kawan baru kan ? termasuk lah aku juga . mesti ada juga . macam macam jenis kawan aku jumpa dekat sini , lagi gila pon ye. tapi tak bermaksud aku lupa kawan lama :D


mereka ni sebahagian dari kawan baru di kuantan ni . from left is Shafiz , Iskandar and Firman . buat masa ni, mereka ada bila aku perlukan . roommate? ada, nama dia Ariff . tapi tak ade gamba nak ditunjukkan . dekat sini ktorg dah macam adik beradik, pegi mane mane pon same same even pegi tandas pon same same, TAPI masuk tandas lain lain ye. haha . and also my boys classmate, Apih, Rassul, Ucop, Alif . selalu bersama pegi mane mane pon, belajar same same, makan same same , assignment same same . and hope akan kekal same kelas sampai habis sem 5 nanti .

perempuan ? aku tak rapat sangat dengan perempuan dekat sini, tpi bersyukur sebab classmate aku tak terlalu sosial dengan dunia luar. aku rapat dengan sorang classmate aku. and she is also my bff. kawan dekat blok selalu salah faham antara kami, sebab dorang cakap kami macam sweet couple . haihh . 

nampak muka serius dekat belakang tu :P

so itulah dia, perkenalkan dia, nama dia Nadia . nak nombo telefon ? sorry mintak sendiri ye. kami dah janji untuk berjaya sama sama. percaya atau tidak, even satu kelas, dalam kelas aku langsung tak tegur dia. kalau nak cakap dengan dia aku masej je, kenape? entah la. masih tak dapat dikenal pasti apa sebabnya. haha. mungkin aku yang terlalu malu. maklumlah aku ni pemalu . hehe. so hari tu keluar dengan dia ( bukan berduaan okey ! ) die cakap yang aku dalam kelas dengan dekat luar berbeza, sebab dalam kelas terlalu serius, dan dekat luar aku biasa biasa, boleh gelak dan bergurau. tapi dalam kelas muka macam nak makan orang . haha . kelakar betul -__- 

buat masa ni, kami saling bantu membantu , bergayut telefon utk belajar, tak pernah dibuat orang, haha . aku tolong dia dalam subjek akaun, dia tolong aku dalam subjek business mathematic. so far, Alhamdulillah, apa yang dia aja aku boleh tangkap, but not because she is a girl okey . haha. 


teringat pesan my mom dari dulu sampai nak masuk kolej ni ,

"nak cari kawan tu, cari yang baik baik "

alhamdulillah ma, Allah temukan hairie dengan kawan yang baik, yang selalu ada bila susah dengan senang. nak cakap pasal makwe? hmm. belum lagi kot. dulu memang ade , buat mase sekarang ni, nak fokus untuk belajar , nak cari pasangan tu biarlah kemudian, usia masih muda lagi bagi aku . Allah dah tentukan segalanya, cuma sampai satu masa, kita akan laluinya. 

bersyukurlah kita pada Allah pada setiap apa yang dia temukan untuk kita, kerana setiap pertemuan pasti akan ada hikmahnya even bila kita berpisah , Allah akan temukan kita dengan sesuatu yang lebih baik nilainya dari yang lama, Trust ALLAH in your heart.

yang baik itu datangnya Dari Allah dan yang kurangnya itu dari diri aku sendiri . 

assalamualaikum